Tuesday, October 6, 2009

Berwajah Baru


Salam semua. Ha, edy ada benda nak promote hari ni. Bukan jual barang tapi promote blogger baru, Ismi Fawwaz. Di mana blognya kini telah berwajah baru. Tampak lebih menawan dpd sebelum ini. Edy harap u guys semua dtglah mejenguk blog milik Ismi Fawwaz ini ok. Ni address blogpagenya:


Saturday, October 3, 2009

New Blogger - Ismi Fawwaz


Edy nak kenalkan lagi seorang blogger baru. Dia ni kawan baik Edy juga & dia juga junior di kampus edy dlm satu fakulti yg sama. Dia yang edy maksudkan ialah, Ismi Fawwaz atau lebih mesra dipanggil Ismi. Ismi baru saja meyiapkan blognya dan seperti kita semua maklum, klu freshie mcm ni blognya taklah mcm yg expert kan. So, edy harap Ismi akan terus berblogging dan selamat datang ke alam blogging. Smoga mendapat ramai kawan di alam serba maya ini.

Tembikar Bulat Tak Mencabar


Pagi itu merupakan pagi yang sangat bahagia buat Tenmaku kerana dia telah pun sampai ke peringkat akhir untuk menyiapkan tugasan terakhirnya. Membuat tembikar. Setelah itu barulah Tenmaku akan lulus sebagai pelajar di Akademi Seni Tembikar Gogori. Tembikar yang dibuat oleh Tenmaku ialah tembikar bulat bercorakkan arakan awan di bahagian atas, di tengah 9 ekor naga & di bawah pula bercorak bunga-bungaan. Di akademi ini terbahagi kepada dua subjek major utama iaitu tembikar tradisional & tembikar moden. Tenmaku pelajar jurusan tembikar tradisional. Mana tidaknya, keluarganya turun-temurun membuat tembikar. Sejak bapa Tenmaku meninggal, Tenmaku menyara ibunya dengan hasil membuat tembikar dan dia dibantu oleh Tuan Bawuki, orang kaya di desa Tenmaku agar Tenmaku belajar di akademi itu dan menjadi orang yang berjaya. Dalam seni tembikar. Setelah membersihkan dirinya, Tenmaku ingin berjumpa dengan gurunya, Pn. Kazuki untuk berbincang mengenai tugasannya dalam menyiapkan tembikar bulat untuk peperiksaan akhirnya. Ketika dia sedang berjalan mahu menuju ke bilik Pn. Kazuki, tiba-tiba kelihatan Kawagiri datang menghampirinya.

"Kamu nak ke mana, Tenma?" tanya Kawagiri dengan wajahnya yang selalu ceria.

"Aku nak berjumpa dengan Pn. Kazuki, untuk bincang pasal tugasan akhir aku," balas Tenmaku.

"Yakah ni? Atau pun nak pinjam lagi buku-buku teknik-teknik membuat tembikar dengan teliti, tak pun buku tentang hikayat si pembuat tembikar," tambah Kawagiri, menyindir sambil tersenyum manis.

"Tak payahlah nak sindir-sindir. Nak ikut cakap jelah. Mari ikut sekali," balas Tenmaku dengan sedikit tegas.

Maka, Tenmaku pergi ke bilik Pn. Kazuki bersama-sama Kawagiri. Tiba di bilik Pn. Kazuki, mereka mengambil tempat duduk dan mula berbual dengan Pn. Kazuki, seperti biasa. Mesra dan pelbagai perkara yang dibualkan. Ketika perbualan semaki rancak, tiba-tiba daun pintu bilik Pn. Kazuki ditolak seseorang. Dan masuk satu susuk tubuh yang sememangnya membuatkan Tenmaku dan Kawagiri menyampah, iaitu Yasatsu. Lelaki berdarah bangsa dari tanah asing itu dengan awajah selamba dan tiada erti malu dalam kamus hidupnya, lalu berdiri di belakang Kawagiri. Keadaan yang tadinya rancak menjadi mati sejenak. Kehadiran Yasatsu bak shinigami datang menyambar nyawa kerancakan suasana di dalam bilik tersebut. Pn. Kazuki mula berbual kosong dengan Yasatsu dan beliau mula bertanya sesuatu kepada Yasatsu.

"Awak buat tugasan akhir apa, Yasatsu?"

"Tembikar porcelain," balas Yasatsu, dengan dadanya yang dikembangkan sedikit.

"Macam mana? Sudah siap?"

"Untuk orang yang pakar dalam seni tembikar moden, masa tak jadi penghalang bagi saya."

"Tahun ni semua pelajar tembikar tradisional buat tembikar bulat, bukan tembikar pusar. Betulkan, Kawagiri?" soal Pn. Kazuki kepada Kawagiri. Kawagiri sekadar mengangguk dingin.

"Eleh, semua budak tembikar tu nak kerja senang saja. Sebab tu semua pilih buat tembikar bulat. Tak nak pilih tugasan yang mencabar. Mereka memang tak sukakan cabaran," ejek Yasatsu dengan wajahnya selamba. Pn. Kazuki sekadar tersenyum tawar.

Tenmaku mulai disapa angin yang membawa aura-aura kemarahan. Suasana tegang mula terjadi.

"Apa yang kau cakap ni? Apa hak kau nak paksa kami semua nak ikut kehendak kau!" Tenmaku mula meledak.

"Kau orang kena faham dah itu kenyataannya, bukan?" balas Yasastsu, selamba.

"Nak cakap biar pakai otaklah, jangan pakai hati," balas Tenmaku, pedas yang terasa dari dalam. Tanpa berlengah lagi, Tenmaku meminta diri diikuti Kawagiri yang sudah betul-betul sakit hati dengan kata-kata tak bertauliah daripada mulut Yasatsu yang berakal tap berotak lembu. Mereka berdua meninggalkan Yasatsu di dalam bilik Pn. Kazuki dan mereka menuju ke asrama untuk menyambung semula menyiapkan tuagasan akhir mereka.

Thursday, October 1, 2009

Rasa Sayang Hei

Kalau nak ikutkan, bila hari raya semua orang pasti akan gembira kan. Dapat duit raya, baju raya, makan kuih raya, macam-macam lagi. Bagi budak-budak pula, yang paling ditunggu ialah DUIT RAYA. Memang menipulah kalau ada yang kata, 'masa kecil dulu memang tak mengharap sangat duit raya' tapi kalau dah jalan beraya sakan sampai tak ingat nak balik rumah, memang DUIT RAYAlah yang jadi target. Siapa paling banyak, dialah yang menang. Kalau edy, dulu masa budak-budak, collection boleh dapat sampai RM250, RM150. Tapi, baru-baru ni edy terkejut sangat, al-maklumlah edy kan baru je masuk usia 20 TAHUN. Bak kata orang dah masuk ke alam matang & masih lagi dalam keadaan kelam-kabut. Edy ingat edy takkan dapat lagi DUIT RAYA tapi masih ada jugak yang hulurkan sampul DUIT RAYA pada edy. Kalau belah ayah edy. diorang berpendapat macam ni, 'selagi mereka tak berkahwin atau tak bekerja, DUIT RAYA masih diberikan', unik kan? Edy dapat collection DUIT RAYA tahun ni lebih sikit daripada masa kecil-kecil dulu: RM75. Masa tulah punya sakan kita nak berbelanja kan.

Rasa sayang hei
Rasa sayang sayang hei
Hei dapat duit banyak
Rasa sayang sayang hei.

Kalau pergi berhari raya
Jangan lupa maniskan muka
Kalau tuan rumah lupa
Ingatkan dia bagi duit raya.

Rasa sayang hei
Rasa sayang sayang hei
Hei dapat duit banyak
Rasa sayang sayang hei.

Jalan-jalan berhari raya
Singgah ke rumah jiran tetangga
Perut buncit tidak terasa
Sebab melantak banyak kuih raya.

Rasa sayang hei
Rasa sayang sayang hei
Hei dapat duit banyak
Rasa sayang sayang hei.

Lemang ketupat dodol dan rendang
Juadah wajib di hari raya
Jangan dilupa insan yang malang
Berkongsi gembira di hari raya.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
INNAL AIDIL WAL FAIDZIN
DARI EDY RAMANOV.BLOGSPOT.COM

Wednesday, September 9, 2009

Ramadhan Kareem


Ramadhan Kareem
Datang dengan seribu rahmat
Disambut dengan kalimah memuji ke hadrat
Disapa dengan kalimah selawat.



Ramadhan Kareem
Menetap dengan penuh sabar
Mastautin dengan penuh ikhlas
Bulan kurniaan gandaan pahala
Menggalak umat beribadah tanpa tuntas.



Ramadhan Kareem
Bakal berangkat pergi
Bakal meninggalkan kenangan
Kenangan rindu kepada Ya-Zal-Jalal-Li-Wal-Ikram


Salam ramadhan almubarak dari edy ramanov untuk semua pembaca blogger edy & kawan2 blogger edy. Puasa jangan x puasa tau.

Monday, July 20, 2009

Majalah Pintar Pilihan Anda!


Edy perlukan undian dari anda semua! Setiap hari kita membaca majalah tetapi ada sesetengahnya dianggap majalah pintar. Edy telah pun memilih 5 majalah yang dianggap "pintar" dan edy perlukan undian dari anda semua untuk meletakkan Top 5 Majalah Pintar Bulan Ini. Undian dibuka hingga akhir bulan ini. Harap maklum. Terima kasih.

Wanita Hamil 4 Bulan Ditikam 18 Kali Di Dalam Mahkamah Jerman


Gempar baru-baru ini berlaku satu pembunuhan kejam di dalam sebuah mahkamah di Dresden, Jerman. Pembunuhan kejam itu melibatkan seorang wanita Mesir yang beragama ISLAM, iaitu Dr. Marwa El-Sherbini, 32 tahun. Kejadian kejam ini bermula ketika Dr. Marwa pergi beriadah di sebuah taman di Dresden, Jerman. Beliau mengikuti suaminya, seorang ahli akademik Mesir, ke Jerman atas tugas tertentu. Ketika sedang beriadah, datang seorang jirannya, Alex W., 28 tahun yang tiba-tiba memanggilnya 'teroris' berulang kali dan mahu menanggalkan tudung milik Dr. Marwa. Dr. Marwa menfailkan kes terhadap jirannya itu ke mahkamah Jerman. Jirannya itu dikenakan denda sebanyak 780 Euro atas kesalahannya menghina tanpa sebab yang kukuh.

Setelah perbicaraan dibuat, Dr. Marwa telah menang dalam perbicaraan. Namun, pihak yang bersalah tidak berpuas hati dan minta dibuat semula perbicaraan. Pada ketika itulah, pembunuhan kejam itu berlaku pada tanggal 1 JULAI 2009 di dalam ruang perbicaraan mahkamah tersebut. Dr. Marwa diserang oleh Alex W. yang membawa sebilah pisau dan menikam Dr. Marwa sebelum Dr. Marwa menyatakan keterangannya. Dr. Marwa yang hamil 4 bulan itu ditikam sebanyak 18 kali di hadapan anak lelakinya yang berusia 3 tahun. Lebih malang lagi pihak mahkamah langsung tidak berbuat apa-apa tatkala pembunuhan kejam itu dilakukan. Suami Dr. Marwa cuba membantu namun dia ditembak oleh polis kerana dianggap sebagai penyerang. Dr. Marwa meninggal dunia dengan serta merta. Kini, suami Dr. Marwa ditempatkan di hospital kerana dalam keadaan kritikal. Namun pembunuh kejam itu langsung tidak cedera. Berakhirlah riwayat hidup seorang wanita muslim bertudung yang mati syahid kerana mempertahankan Islam. Berita ini tidak tersebar meluas kerana pada masa yang sama seluruh dunia sedang tertumpu kepada kematian Raja Pop, Michael Jackson. Subhanallah. Inilah yang berlaku apabila orang Islam berada di bawah naungan undang-undang orang kafir. Keadilan tidak diberikan terhadap mereka yang beagama Islam. Walaupun begitu, orang Islam masih lagi mampu mempertahankan Islam walaupun dibunuh, namun berbeza keadaannya di Malaysia. Ada yang beragama Islam yang sanggup mempertahankan aktiviti agama lain. Agama Islam diendah begitu saja. Amalan bertudung di negara kita dianggap seperti memakai tisu, bila perlu dipakai, jika tidak ditanggal saja. Harap dengan kejadian hitam ini dapatlah kawan-kawan edy semua termasuk edy sendiri mengambil iktibar dan pedoman untuk diri masing-masing. InsyaALLAH.



Inilah gambaran pelukis ketika pembunuhan kejam itu berlaku terhadap Dr. Marwa El-Sherbini di dalam mahkamah Jerman pada 1 Julai 2009.





Gambar-Gambar Ketika Jenazah Dr. Marwa El-Sherbini Dikeluarkan Dari Mahkamah Jerman oleh Paramedik





Gambar-Gambar Saat Pengembumian Dr. Marwa El-Sherbini di Mesir


Dr. Marwa di samping suami tercinta dan anak lelaki yang berusia 3 tahun.